Tuesday, January 18, 2011

Persiapan Perayaan Tahun Baru Cina

Takkan lama lagi kita akan menyambut Imlek dan sudah menjadi kebiasaan pada umumnya persiapan untuk menyambut perayaan tersebut dilakukan sebulan lebih awal (seperti juga sambutan Hari Natal) seperti pembelian hadiah, dekorasi, makanan dan pakaian. Rumah juga turut dibersihkan beberapa hari sebelum perayaan disambut sebagai simbolik membuang segala ‘nasib malang’ dan pintu serta bingkai tingkap dicat dengan warna merah. Keratan kertas dan madah yang bertemakan kegembiraan, kekayaan dan kesejahteraan turut dihias di pintu-pintu dan tingkap-tingkap di rumah.

Malam menjelang sambutan Tahun Baru Cina merupakan saat yang dinanti-nantikan. Hidangan yang istimewa seperti udang (lambang kehidupan dan kegembiraan), tiram kering (juga dikenali sebagai ho xi yang melambangkan perkara baik), salad ikan mentah (juga dikenali sebagai yu sheng yang melambangkan nasib baik dan kemasyhuran) dan sebagainya menjadi santapan utama. Pada tengah malam, langit akan diterangi dengan cahaya dari kembang api dan mercon/petasan yang dibakar sebagai menghormati tradisi turun-temurun.


Setibanya Hari Tahun Baru Cina pula, tradisi lama yang dikenali sebagai Hong Bao (yang bermaksud peket merah) diamalkan. Di Malaysia, amalan ini lebih dikenali sebagai pemberian ang pau. Ang pau diberikan oleh pasangan yang telah menikah kepada orang dewasa yang belum menikah dan anak-anak di dalam sampul yang berwarna merah. Pesta Lantern pula disambut sebagai tanda berakhirnya Tahun Baru Cina. Walaupun terdapat banyak sambutan dalam Tahun Baru Cina, namun pesan perayaan tersebut adalah sama yakni keamanan dan kegembiraan buat kaum keluarga dan sahabat handai.


So bagaimana dengan Anda ? sudahkan mempersiapkan segala keperluan untuk imlek tahun ini ?




Sumber :
http://www.schoolnet.my
Temukan hadiah yang unik dan menarik untuk orang-orang terkasih dalam daftar Hadiah Imlek Anda.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment